Mudah Buat Duit

Maklumat Business Online Anda

Tuesday, September 26, 2006

Bulan Rahmadan Al-Mubarak

Sudah tiba lagi bulan kemuliaan yang paling di tunggu-tunggu. Kini ramai umat Islam sedang menjalani ibadah puasa pada bulan ini.

Ada yang mula membuat kebaikan dengan memperbanyakkan sedekah dan meningkatkan ibadah dengan bersolat sunat tarawih, tahjud dan lain-lain.

Pada anak-anak yatim, fakir miskin, bulan ini merupakan bulan yang amat mereka nantikan apabila ada tangan-tangan yang menghulurkan amal jeriah mereka.

Bulan Rahmadan merupakan bulan umat Islam mendisiplinkan diri dan bukanya untuk boros.

Sempena bulan yang mulia ni kita sama-sama menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan insaf.

Wassalam

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

Friday, September 15, 2006

Mailing List

Mailing List merupakan satu kaedah untuk internet marketer menggumpilkan alamt pelanggan mereka dengan menggumpulkan email mereka.

Seperti contoh pada perniagaan konvensional mereka akan meminta anda mengisi borang dan meminta alamat anda di kuanter-kaunter membeli - belah. Pada satu masa pula ada yang menyuruh anda untuk mengisi borang lengkap dengan alamat untuk mendapatkan sample produk.

Tujuan mereka hanya satu untuk mengumpulkan alamt senarai pelanggan supaya mereka boleh membuat followup dengan pelanggan yang telah mendaftar.

Sama juga seperti di laman web mereka akan meminta nama dan email anda sebelum memberikan anda download percuma.

Mailing List amat berkuasa pada perniagaan online dan kini banyak syarikat yang telah memungut seberapa banyak email untuk untuk membuat promosi secara online dengan percuma.

Seperti www.airasia.com/skylights/cgi-bin/skylights.cgi bakal pelanggan perlu mendaftar sebagai ahli sebelum membeli tiket tambang murah syarikat tersebut.

Cubalah mendaftar hari ini dan lihat bagai mana Air Asia membuat internet marketing dengan effisien.

Sehingga di lain waktu...

Jadilah internet marketer yang berjaya.


P/s: Sesuatu perkara yang di niatkan dengan baik akan memberikan hasil yang baik dan berlipat kali ganda, tidak semestinya dalam bentu wang ringgit mungkin didalam kesejahteraan dan keselamatan serta kebahagiaan. Amin

Sunday, September 10, 2006

JUTAWAN SWISS CA$H

Wah....boleh lipat gandakan wang dalam tempoh 3 bulan sehingga 300% ini pelaburan yang amat menguntungkan....semua orang nak masuk.

Akhirnya....rahsia telah terbuka...kepada mereka yang telah mendapat pulangan cubalah congak adakah pulang modal? Kalau sudah eloklah berhenti saja sebab sekarang ni Swiss Cash www.swisscash.biz/web/asc_cfo.aspx sedang didalam siasatan Bank Negara Malaysia.

Ramai yang telah memperkatakan tentang Swiss Cash ini sebab boleh buat duit...labu peramlah katakan.

Saifulsham juga komen benda yang sama silalah baca klik disini: www.saifulsham.com/index.php/archives/2006/09/07/pesanan-dari-bank-negara-malaysia/

Ini pulak komen tentang SWISS CASH dari Raja blog baca jangan tak baca....
www.rajablog.info/blog/2006/09/07/program-cepat-kaya-skim-dapat-duit-mudah/

Oleh itu nasihat saya kepada anda dan diri saya juga kalau nak melabur tu eloklah melabur ke Syarikat yang wujud dan tahu asal usulnya.


Sekian


P/s: Pernah kena tipu dengan kawan baik sendiri dan habis banyak duit, tu..pasal sampai sekarang tak percayakan orang jika bab duit...nak jadi penjamin pun takut...ilmu dan pengalaman mengajar kita erti dan nilai kehidupan.

Tuesday, August 29, 2006

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Tanggal 31 Ogos 1957, merupakan detik bersejarah bagi seluruh rakyat Tanah Melayu, dimana tarikh keramat ini Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan KEMERDEKAAN Malaysia.
Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi untuk kita menyambut Kemerdekaan negara kita yang ke 49 tahun.
Kini dengan usia sebegini akan dapat mematangkan kita untuk menghadapi segala cabaran dan rintangan yang bakal kita hadapi pada masa akan datang.
Maklumat lanjut tentang kemerdekaan boleh di dapati di http://ms.wikipedia.org/wiki/Menuju_Kemerdekaan
Oleh itu sejarah merupakan pengajaran yang terbaik bagi kita untuk menghadapi cabaran yang mendatang.
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
Jika ada apa-apa pertanyaan atau ingin menjadi orang pertama menerima berita terkini tentang blog mudah dapat duit ni silalah daftarkan nama dan alamat email anda di ayidmfs@yahoo.co.uk Ok...sehingga di lain siaran....

Perolehi Pendapatan Sehingga RM1,000 sehari...

Mudah untuk anda memperolehi pendapatan tambahan yang penting anda harus ikhlas dan jujur Allah maha melihat cuma masukkan RM5 dalam sampul surat dan berikan kepada 4 nama-nama yang akan diberikan dan masukkan nama anda pada no. 4 dan mulakan untuk mengedarkan website atau risalah anda....

Ha...Ha..Ha... macam biasa tengok aje...

Inilah dikatakan skim cepat kaya sekejap....kepada mereka yang dah kaya dengan cara ini tahniah saya ucapkan tapi yang belum elok tak usahlah turut serta...skim ni macam nak mintak sedekah aje tapi tanya pada diri kita balik patutkah kita dapat sedekah??

Dan ayat berwarna biru memberikan kekuatan pada pada program ini halal...saya tak taulah bab hukum kat sini tapi saya cuma kaji adakah orang yang telah mempunya pekerjaan dan pendapatan layak diberikan sedekah??

Kalau nak mula online busines pun carilah cara yang betul. Memang tak dinafikan payah nak mula tapi kalau dah mula...ha baru rasa puas dan mungkin mendapat keberkatan.

So kepada mereka yang nak berjinak-jinak untuk mencari online business yang sebenarnya teruskanlah usaha anda mencari ilmu dan berdamping dengan mereka yang telah berjaya. Jangan lokek duit untuk beli buku atau apa juga bahan bacaan untuk tambahkan ilmu disamping menggunakannya memperolehi pendapatan yang lumayan


Teringgat hari Ahad bila tengok Hang Tuah lakonan AllahyarhamTan Sri P. Ramlee, Hang Tuah dan rakan-rakannya bersusah payah untuk mendaki gunung Ledang untuk mencari seorang guru silat supaya mereka dapat mempelajarinya. Tak kala segala kesukaran itu diringtanginya dan akhirnya mereka berjaya dan tamat berguru.

Diringkaskannya cerita mereka juga telah menyelamatkan Tun Perak dari dibunuh oleh orang yang mengamuk....cuba kita fikirkan kalau Hang Tuan dan rakan-rakan tak ada ilmu silat adakah dia dapat membantu Tun Perak dan akhirnya dikurnaikan sultan sebagai Hulubalang Melaka.

Begitulah ilmu amat penting dan jangan lokek.

Pada minggu ni saya tak ready lagi untuk memberikan tips internet marketing sebab baru balik dari pembedahan sinus....InsyAllah dalam masa terdekat ni saya akan ceritakan tentang internet marketing.

Jika ada apa-apa pertanyaan atau ingin menjadi orang pertama menerima berita terkini tentang blog mudah dapat duit ni silalah daftarkan nama dan alamat email anda di ayidmfs@yahoo.co.uk Ok...sehingga di lain siaran....




Monday, August 21, 2006

Siti Nurhaliza

Salam sejahtera....
Hari ni Cik Siti Nurhaliza, akan menjadi Datin Siti Nurhaliza....so lately ni banyak yang mempersoalkan tetang perkahwinan beliau dengan Datuk K.... ada yang marah ada yang suka dan ada juga yang buat-buat suka...he..he..he. Saya tak ada apalah cuma macam yang lain-lain juga ada yang marah dan ....tak apalah kita doakan semoga dia bekekalan sehingga akhir hayat....amin.

Begitulah lumrah kehidupan...begitu juga bila kita berniaga di internet ada yang suka produk kita dan tidak kurang yang akan mengomen....

Yang pasti kita hendaklah memberikan produk yang terbaik.....

Jika anda tak ada produk jangan risau kita boleh menjual produk orang lain yang pasti produk itu mesti mempunyai kualiti yang hebat.

Akhir kata janganlah nak menipu di internet bukannya tak boleh memang boleh....tapi tak berkat dan kesenangan akan datang sekejab aje...yang berpanjangan adalah penderitaan...

Oklah sehingga di lain siaran

Jangan lupa teruskan usaha anda untuk menjadi usahawan internet

Saturday, August 12, 2006

Remp-it


Ya ...sekarang dah masuk musin mat motor di pawagam....remp-it, arahan Ahmad Idham,
Aku ni bukanlah suka sangat nak ke pawagam tapi pasal cita ni di arahkan oleh senior aku kat UiTM Arau, Perlis...kena jugaklah gi tengok..kalau tak kita siapa lagi kan??? Support sikit.

Nak tengoklah betapa hebatnya cita ni kalau di bandingkan dengan cita Rosyam dulu...

Kalau nak tau cita lanjut tengok kat sini http://movies.mwig.com/index_rempit.php

Zaman sekarang mudah aje kalau nak tau apa-apa gilah tengok kat search engine google atau yahoo. Mudah dan tanpa bayaran...

Sebut pasal mudah dan tanpa bayaran nak cerita sikit, kepada mereka yang baru menceburi bidang internet marketing ni. Sebenarnya anda tidak perlu melaburkan banyak duit untuk membina business online ni, apa yang perlu adalah ilmu dan rajin.

Mungkin untuk permulaan anda perlu dapatkan bahan bacaan yang boleh diperolehi di kedai-kedai buku terkemuka. So...kepada anda yang baru berjinak-jinak dengan business ni saya cadangkan mulalah bina business online anda dengan membuat blog seperti saya ni yang tak gunakan wang untuk memulakannya (cuma saya banyak beli buku he..he..he..) tak semestinya anda perlu membuat website sendiri jika anda tak mampu nak buatnya...jadi untuk langkah mudah dan tanpa modal mulakan bina blog anda hari ini.

Kepada anda yang sudi berkongsi blog ini kepada kengkawan anda silalah berbuat demikian sebab ilmu yang baik perlu dikongsi bersama semoga kita dapatlah pahala ....

Jika ada apa-apa pertanyaan atau ingin menjadi orang pertama menerima berita terkini tentang blog mudah dapat duit ni silalah daftarkan nama dan alamat email anda di ayidmfs@yahoo.com


Ok...sehingga di lain siaran....

P/s: sedang mengusahakan CD langkah demi langkah bina Blog serta rahsia buat duit guna blog.

Sunday, August 06, 2006

Ilmu Pengetahuan




Pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan mereka yang ingin menambahkan pendapatan sampingan. Pada minggu lalu saya menerima email dari rakan saya, Wan.

Dia menceritakan bagaimana dia dan isterinya ingin berjinak-jinak kedunia perniagaan, so sebelum nak mula buat yang besar-besar kenalah mula dari bawah dulu katanya. Saya amat setuju dengan pandangan beliau...kerana Syed Mokhtar Al Bukhary pun mula dari dua permit lori tapi sekarang dah kaya raya....

Jadi kawan saya pun mulalah perniagaannya iaitu menjual nasik lemak di tepi jalan...tapi apa yang beliau ingin kongsikan adalah pengalaman berhadapan pelbagai lapisan masyarakat yang dia jumpa sewaktu berniaga nasi lemak.

Itulah nak berjaya bukan mudah. Tapi ilmu dan pengalaman adalah harta karun yang perlu dicari untuk mencapai destinasi yang dinamakan kejayaan.

Untuk berjaya jangan lokek untuk membeli buku-buku dan menghadiri seminar-seminar yang banyak diadakan pada masa ini.

Bagi mereka yang mula berjinak-jinak didalam perniagaan online atau internet, nasihat saya persiapkanlah ilmu pengetahuan sebelum menyertai mana-mana program di internet ini.

Sekarang ni bukan apa terlalu banyak program-program yang menipu, supaya anda tidak tertipu maka mulakanlah pencarian harta karun anda.

Jika mereka yang nak mengenali lebih mendalam didunia internet ini mulakanlah dengan membeli buku-buku yang kini berada dipasaran.